menu utama
klik untuk chat langsung kalau saya online

topik rambang

kategori

arkib bulanan

komen terkini

dalam pasaran

ombak jadi saksi
ombak jadi saksi
harga: RM16.90
untuk tempahan, hubungi
buku prima: 03-5510 6636

notabene

it is not how famous you are, it is what you are famous for...

Rosak Lagu Kerana Senikata

MENULIS senikata bukanlah semudah kita menulis diari, atau menulis surat cinta. Memang semua orang boleh menulis, tapi tidak semua orang mampu menghasilkan senikata yang boleh dikategorikan sebagai ’senikata’, apatah lagi yang boleh disebut sebagai bermutu, dan yang seimbang pula dengan taraf melodi yang dicipta.

Tapi, agak menggelikan hati… apabila berdepan dengan telatah individu yang entah kerana ’syok sendiri’, cemburu, atau kerana iri hati terhadap seseorang; lantas begitu beriya-iya benar cuba ‘campur tangan’ dan seperti mendesak pihak penerbit membenarkan dia menulis senikata - walaupun lagu itu sudah ada senikata yang disiapkan oleh penulis senikata lain yang lebih berpengalaman.

/baca selanjutnya »

Selasa. Mei 27, 2008 kategori: muzik, telatah 3 komen 189 pembaca


Anggerik Untuk Emak

anggerik buat ibu

BUKAN mawar merah
tiada bungkusan hadiah

cumalah anggerik sekuntum
di hati kekal mengharum

pun serangkai ucapan
terima kasih kukalungkan

di bibirmu segar senyuman
itulah kebahagiaan!

© 2008 Haron Abdulmajid

Minggu. Mei 11, 2008 kategori: fotografi, puisi komen 84 pembaca


Antara Dua Visi

Visi Satu: Media berbahasa Melayu
(tentulah bukan semua!)

ALBUM pilihan kami minggu ini, berupa rakaman terbaru penyanyi internasional pujaan ramai yang tidak asing, yang sedang hot di pasaran tempatan. Tidak ketinggalan juga sedozen lagi album terkini dari negara jiran akan turut kami perkenalkan.

Sementara itu, bagi peminat filem-filem Bollywood, pihak kami tidak akan kecewakan anda. Satu hal yang boleh kita banggakan ialah, bos kami sendiri telah ke Bombay khas untuk sesi interviu dengan beberapa pengarah dan pelakon-pelakon terkenal di sana…

Visi Dua: Media bukan Melayu
(ohh… yang ini hampir semua!)

SEPERTI biasa, seperti minggu-minggu sebelumnya, minggu ini pun kami akan terus perkenalkan beberapa buah lagi album daripada penyanyi-penyanyi berbakat tanah air kita, yang memang wajar mendapat sokongan kita semua.

Di samping itu, kami juga tidak lupa menyampaikan sejumlah berita terkini mengenai perkembangan industri filem tempatan, sambil berkongsi pengalaman pahit manis insan filem, yang tidak pernah jemu berjuang selama bertahun-tahun; demi mahu menaikkan martabat filem-filem kita ke peringkat global.

Minggu. Mei 4, 2008 kategori: telatah komen 79 pembaca


Final Arca Gemilang

SABTU ini, 26 April, akan berlangsung peringkat final pertandingan adu bakat seni suara bagi merebut piala Arca Gemilang. Bertempat di Kelab Masyarakat Fu Chun, dan dijadualkan akan bermula pada jam 2:00 petang.

Rabu. April 23, 2008 kategori: muzik komen 130 pembaca


Kesedaran Datang Terlewat

kepada seorang anak…

SEPANJANG jalan mengejar impian, banyak cabaran dan dugaan. Hati mesti tegar, pendirian mesti teguh biarpun ujian tak henti menggegar. Terkadang waktu ada malaikat yang akan kau temu. Tapi setiap waktu para iblis tidak jenuh menggoda dan merayu. :evil:

Sekiranya kau mudah percaya akan janji muluk dan ayat-ayat muslihat sang iblis yang menyamar sebagai kawan rapatmu, kesudahannya… impian serta nasibmu bakal menjadi seperti si Luncai yang terjun dengan labu-labunya. (Bukan terjun ke sungai, tapi terjun ke kawah gunung berapi!).

Barangkali kau terlupa pesan keramat orang tua-tua, “Sebelum terhantuk baik terngadah.” Dan, sebelum kesedaran datang terlewat, kembalilah segera ke ruang akal yang sihat!

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tak berguna. Jangan biarkan impianmu tinggal impian kosong sampai bila-bila…

Sabtu. April 19, 2008 kategori: bahasa, telatah komen 149 pembaca


MUKA SURAT: 1 2 3 ... 12


ke atas semula